Thursday, 15 December 2011

PENGENALAN

Air minuman Alma’ Syifa ini merupakan air alkali yang telah diproses dan telah dialunkan padanya bacaan zikir ayat2 syifa’ serta bacaan ayat suci Al-Quran sebanyak 30 juzuk. Namun, air minuman yang dibacakan ayat Al-Quran sebanyak 30 juzuk terhad kepada negeri Kelantan sahaja buat masa sekarang. InsyaAllah, akan ada untuk pasaran seluruh Malaysia.

Kesemua bacaan zikir ayat2 syifa’ serta bacaan ayat suci 30 juzuk Al-Quran ini dibaca oleh pelajar – pelajar Pondok Tahfiz Padang Bongor dimana Pondok Tahfiz Padang Bongor, Tanah Merah, Kelantan ini juga merupakan rakan kongsi dalam pembuatan air minuman ini. Ini bermakna setiap jualan air minuman ini, ada bahagian keuntungan yang akan disalurkan untuk pembangunan Pondok Tahfiz ini.

Buat masa sekarang, air minuman Alma' Syifa' ini didatangkan dalam bentuk water dispenser. Terdapat 2 jenis water dispenser yang disediakan iaitu 'hot & cold water dispenser' dan 'normal, warm and hot water dispenser'. Kedua - dua mesin ini menggunakan botol refill 20 liter. Sila tengok bahagian produk kami untuk keterangan lebih lanjut.

Kelebihan Air Minuman Alma' Syifa'
  1. Mempunyai pelbagai khasiat kerana air beralkali
  2. Dibaca ayat - ayat syifa' ( Doa Penyembuh )
  3. Juga dibaca dengan ayat - ayat suci 30 juzuk Al-Quran
  4. Kos yang murah serendah 80sen seliter
  5. Mudah - setiap penghantaran dilakukan terus ke rumah
  6. Suci dan bersih - mempunyai kelulusan dari KKM
  7. Dapat mencegah pelbagai jenis penyakit
  8. Mengubat penyakit secara fizikal, mental dan rohani
  9. Dapat beramal sambil menjaga kesihatan
  10. Memberi ketenangan secara mental dan rohani

Air Alma Syifa

Jual air beralkali

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my
AURONIAGA di bawah kendalian KD Consolidated (M) Sdn Bhd yakin mampu meraih jualan memberangsangkan ke atas produk baru mereka, air minuman beralkali Alma Syifa’ iaitu air untuk memulihkan penyakit rohani dan jasmani melalui penerapan bacaan ayat suci al-Quran dan doa penyembuh.
Pengurus Besarnya, Saifullah Isa berkata, produknya mendapat sambutan baik daripada pengguna tetap selepas menyedari air minuman itu mempunyai banyak kelebihan berbanding air minuman biasa kerana ia bertindak sebagai ‘ejen perawat’ penyakit kronik seperti kencing manis, sakit buah pinggang, saraf dan buasir. Menurut Saifullah, keistimewaan air minuman Alma Syifa’ adalah ia diproses dengan bacaan doa penyembuh, ‘ayatul syifa’ serta dialunkan bacaan 30 juzuk ayat al-Quran oleh pelajar maahad tahfiz.

Katanya, air alkali Alma Syifa’ mengandungi ion negatif yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul berbeza daripada air biasa dan ia melalui proses penambahan ion hidroksida, oksigen dan juga mineral alkali seperti sodium, potassium, magnesium dan kalsium. “Proses ini dilakukan kerana ujian saintifik membuktikan air itu hidup dan molekul air terbentuk mengikut ucapan yang diucap, Insya-Allah air ini dapat merawat penyakit dalaman, penyakit jiwa, menenangkan hati dan membersihkan jiwa yang kotor,” katanya.
Kata Saifullah, pihaknya menawarkan dua pakej utama kepada pelanggan iaitu pakej A dan pakej B. Bagi Pakej A, air Alma Syifa’ membabitkan air suling dan air alkali dijual masing-masing berharga RM360 dan RM390 dengan isian sebanyak 20 liter, berserta bekas air panas dan sejuk.

“Bagi Pakej B, air suling dan air alkali dijual dengan harga RM220 dan RM250 dengan isian sebanyak 20 liter berserta bekas air suam dan panas,” katanya.

Tuesday, 13 December 2011

SURAH-SURAH SYIFA'



Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh

Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

1. Surah at-Taubah: 14:

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

2. Surah Yunus: 57:


Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

3.  Surah an-Nahl: 69:


Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

4. Surah al-Isra’: 82:


Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

5. Surah asy-Syu’ara’: 80:


Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,

6. Surah Fussilat: 44:

Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

(Petikan dari Buku Doa & Rawatan Penyakit oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya. Insya Allah akan sembuh segala derita sakit sama ada jasmani mahu pun rohani. Allah S.W.T menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit dideritai.

Air Minuman RO dan "alkaline water" di proses dan di masukkan ayat Syifa doa - doa penyembuh sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Insya Allah...

Saturday, 10 December 2011

PAKEJ ALMA SYIFA

Air minuman alma syifa water dispenser merupakan air minuman yang di servis ke rumah dan pejabat ( kerajaan dan swasta ). Air ini merupakan yang pertama di malaysia yang dimasukkan dengan ayat ayat syifa dan doa doa penyembuh. Air minuman ini terdiri daripada RO water dan alkaline water..Dengan izin Allah, Insyallah dengan meminum air ini akan dapat menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani. Dengan pembelian air ini, anda juga telah menyumbangkan bantuan kepada Pondok Tahfiz Kg Padang Bongor.

PAKEJ AIR ALMA SYIFA

SET A – Compressor Set
RM460 ( set RO water )
RM490 ( set alkaline )
@
Fan Set
RM360 ( set RO water )
RM390 ( set alkaline )
*1 set Dispenser Hot &Cool.
*6 botol isian air alma syifa 20liter dimasukan ayat-ayat syifa dan doa-doa penyembuh.

SET B – RM220 ( set RO water )
RM250 ( set alkaline )
*1 set Dispenser Hot &Cool.
*6 botol isian air alma syifa 20liter dimasukan ayat-ayat syifa dan doa-doa penyembuh.

ISIAN SEMULA

RO water -
20liter (RM12)

ALKALINE water –
20liter (RM16)

untuk maklumat lanjut:
hubungi: Ida 0139430563