Thursday 15 December 2011

Air Alma Syifa

Jual air beralkali

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my
AURONIAGA di bawah kendalian KD Consolidated (M) Sdn Bhd yakin mampu meraih jualan memberangsangkan ke atas produk baru mereka, air minuman beralkali Alma Syifa’ iaitu air untuk memulihkan penyakit rohani dan jasmani melalui penerapan bacaan ayat suci al-Quran dan doa penyembuh.
Pengurus Besarnya, Saifullah Isa berkata, produknya mendapat sambutan baik daripada pengguna tetap selepas menyedari air minuman itu mempunyai banyak kelebihan berbanding air minuman biasa kerana ia bertindak sebagai ‘ejen perawat’ penyakit kronik seperti kencing manis, sakit buah pinggang, saraf dan buasir. Menurut Saifullah, keistimewaan air minuman Alma Syifa’ adalah ia diproses dengan bacaan doa penyembuh, ‘ayatul syifa’ serta dialunkan bacaan 30 juzuk ayat al-Quran oleh pelajar maahad tahfiz.

Katanya, air alkali Alma Syifa’ mengandungi ion negatif yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul berbeza daripada air biasa dan ia melalui proses penambahan ion hidroksida, oksigen dan juga mineral alkali seperti sodium, potassium, magnesium dan kalsium. “Proses ini dilakukan kerana ujian saintifik membuktikan air itu hidup dan molekul air terbentuk mengikut ucapan yang diucap, Insya-Allah air ini dapat merawat penyakit dalaman, penyakit jiwa, menenangkan hati dan membersihkan jiwa yang kotor,” katanya.
Kata Saifullah, pihaknya menawarkan dua pakej utama kepada pelanggan iaitu pakej A dan pakej B. Bagi Pakej A, air Alma Syifa’ membabitkan air suling dan air alkali dijual masing-masing berharga RM360 dan RM390 dengan isian sebanyak 20 liter, berserta bekas air panas dan sejuk.

“Bagi Pakej B, air suling dan air alkali dijual dengan harga RM220 dan RM250 dengan isian sebanyak 20 liter berserta bekas air suam dan panas,” katanya.

No comments:

Post a Comment